Sabtu, 14 Agustus 2010

kata kata mutiara

Jika tidak, apa?

Kita telah melalui banyak jalan yang memulangkan nasib baik, menikmati banyak kejayaan, dan mengharungi banyak kesedihan. Sesekali kenapa tidak mencuba memberikan nasib baik, membuang kejayaan dan menolak kesedihan?

Mutiara  - Percaya

Khusus untuk Daia (Eddy, kemudian-kemudian nantilah) yang banyak bertanya...
"Bila seseorang mengatakan 'tewas', fikirkan kejayaan. Bila seseorang menyebut "kalah", ingatlah mengenai kemenangan. Jika seseorang menyatakan anda "tidak akan mampu", katakan kepada mereka anda sudah tentu boleh! Dengan sikap anda yang positif, tidak ada gunung yang terlalu tinggi untuk didaki, tidak ada lautan yang terlalu dalam untuk direnangi."

Mutiara Kata - Burung & Lagu

Menunjukkan keriangan tidak selalunya memberi makna sebenar perasaan. Barangkali ada yang lain, selain daripada bersenang-senang hati semata-mata, kerana "Burung menyanyi bukan disebabkan ia mempunyai jawaban. Ia menyanyi semata-mata kerana ia mempunyai lagu." (Peribahasa Cina)

Mutiara Kata - Kaku

Satu peribahasa (Cina) yang menyentuh soal pembangunan mengunakan konsep rentak dan gerakan sebagai analogi, seperti yang saya baca pada peribahasa ini, agak unik.
"Usahlah bimbang sekiranya dewasa dengan perlahan; gusarkanlah sekiranya ia hanya kaku."
Atau seperti yang ini,
"Jangan bimbang jika melangkah ke hadapan dengan perlahan-lahan; berasa khuatirlah jika hanya berdiri tegak dan tidak ke mana-mana."

Mutiara Kata - Tinta & Memori

Saya yakin, peribahasa Cina yang satu ini adalah antara yang tertinggi kandungan falsafahnya berbanding dengan peribahasa-peribahasa yang lain:
"Tinta, walaupun kelihatannya amat pucat dan mengering adalah lebih baik daripada memori yang paling hebat."

Mutiara Kata  - Malam & Mimpi

Semakin panjang malam, semakin berlanjutan mimpi kita."
(Peribahasa Cina)

Mutiara  - Holistik

Saya petik kata-kata seorang arkitek (Frank Lloyd Wright) yang sangat bermakna, "Saya tidak akan pernah membina sesebuah bangunan tanpa melihat dan bertemu dengan orang yang akan menggunakannya terlebih dahulu.

Mutiara  - Menyoal

Kata Hazrat Ali bin Abu Talib,
"Bertanyalah untuk memahami sesuatu, dan janganlah menyoal kerana ingin mencari kesalahan; kerana tentunya orang yang tidak mengetahui itu ingin menjadi seorang yang berpengetahuan; dan tentunya seorang yang berpengetahuan tetapi cuba menyulitkan keadaan itu adalah merupakan orang yang bebal yang hanya ingin mencari kesalahan."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar